Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 5, 2017

NAJIB: 'MANA ADA KITA BERI PAS RM90 JUTA'





Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Presiden UMNO, Dato' Sri Najib Tun Razak meluahkan kekesalannya terhadap dakwaan partinya memberi dana politik RM90 juta kepada PAS sebagai habuan menyokong kerajaan BN.

“Mana ada kita beri 90 juta kepada PAS. Saya tak bagi duit pada PAS, sebab itu PAS saman Sarawak Report.

Peserta Program Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan 2017 mengangkat tangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan beliau.

“Tapi saya tak boleh komen banyak sebab masih dalam perbicaraan mahkamah,” kata Perdana Menteri.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada pejuang-pejuang siber parti itu ketika merasmikan Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat Kebangsaan di PWTC ,Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Biro IT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada Selasa, pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga sebagai pemberi maklumat terhadap laporan yang mendakwa pemimpin tertinggi PAS menerima wang habuan daripada Perdana Menteri.

Rewcastle-Brown dalam sebahagian daripada pembelaannya terhadap saman oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendakwa artikel Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections’ disiarkan menerusi portal itu pada 6 Ogos 2016 adalah bersumberkan Ambiga.



Lantaran itu, Najib menyeru para pejuang Siber UMNO mempertingkatkan usaha dalam mematahkan dakyah pembangkang yang memburukkan para pemimpin negara di media sosial.

“Saya anggap ini terpaling mustahak kerana PRU ke-14 semakin hampir.

“Dan oleh kerana sudah dinyata berulang kali bahawa sumber maklumat yang paling pengaruh sekali adalah melalui media sosial,” katanya yang juga Pengerusi BN.


0 comments:

share2