Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 13, 2017

[KUANTAN] LIBATKAN GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PARTI DAN KERAJAAN




Masyarakat di gesa melibatkan golongan profesional dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penglibatan mereka dalam parti dan kerajaan terutama golongan wanita. Ianya bertepatan dengan bajet 2018 seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia "Memperkasakan Wanita". Bagi menterjemahkannya adalah perlu golongan profesional wanita muda diajak bersama untuk memberikan sumbangan melalui buah fikiran dan keterlibatan melalui parti UMNO dan kerajaan.

" Ketika saya mula mula di amanahkan untuk menjadi penaja kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Pahang, antara tugas awal yang saya jalankan ialah mencari golongan wanita muda profesional untuk menyertai Puteri UMNO. Saya meredah jauh kepelusok setiap daerah di Pahang , dan hasilnya hari ini ada di kalangan mereka telah berada dalam saf kepimpinan UMNO dan kerajaan".

" Kita sebagai ahli Puteri UMNO perlu berlapang dada dengan menerima golongan profesional ini sebagai pelengkap kepada perjuangan agama bangsa dan negera. Jangan ada sikap takut akan kehadiran mereka kerana ianya akan menjadikan parti UMNO ini terlalu exsklusif. Kami waktu di awal penubuhan puteri UMNO melihat bagaimana ramai golongan profesional wanita muda terpinggir dan mempunyai pandangan sinikal terhadap kerajaan. Menyedari betapa mereka juga mempunyai peranan dalam arus pembangunan negara dengan kepakaran yang ada, Puteri UMNO telahpun mengadakan usaha yang intensif bagi membawa mereka turut sama dan ianya berterusan sehingga kini". 

"kepimpinan puteri UMNO perlu meningkatkan kualiti kepimpinan melalui mereka yang berpotensi menjadi pemimpin dengan memberikan pendedahan samada di peringkat cawangan mahupun bahagian. melalui kursus kepimpinan . Pemimpin wanita muda yang berkualiti akan membolehkan mereka berada dalam saf kepimpinan negara seperti melalui jawatan menteri dan timbalan menteri seperti YB Dato Seri Azalina Othman , YB Dato Wira Mas Emieyarti Shamsuddin, YB Dato Rosnah Sherlin di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri sebagai exco seperti Dato Suraya Yaakob, YB Dato NorSabrina Md Nor dan YB Dato Nolee Asyilin adalah lahir dari acuan dan benih Puteri UMNO. Itu belum dikira jawatan tinggi dalam kerajaan membabitkan golongan wanita muda seperti KSU dan Pengarah di jabatan jabatan kerajaan adalah hasil kepimpinan berkualiti wanita muda",kata YB Dato Shahaniza Shamsuddin mantan Ketua Puteri UMNO Pahang.

Beliau yang juga mantan Ketua Puteri UMNO Pahang dan kini menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita da Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul berjkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebagai panel Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan Seluruh Negeri Pahang di Kuantan yang di rasmikan oleh YB Dato Wira Mas Emieyati Shamsuddin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Maaysia yang juga Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Haryaty Hamzah, Azlina Azma Azmi Ketua Puteri UMNO Pahang dan Yb Norhidayah Shahaimi Exco Puteri UMNO Malaysia yang juga ADUN Luit serta kepimpinan puteri cawangan di seluruh negeri Pahang.


Shahaniza Shamsuddin ketika menyampaikan ucapan


dari kiri Ketua Puteri UMNO Pahang Azkina Azma Azmi,
Shahaniza Hj Shamsuddin mantan Ketua Puteri UMNO Pahang
Mas Emieyarti Shamsuddin Ketua Puteri UMNO Malaysia dan
Haryaty Hamzah Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia




0 comments:

share2