Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob menyampaikan
Bantuan Input Touch Point Tahun 2017 berjumlah RM248,427.00 kepada 681 nelayan
laut dan nelayan darat dari Pahang.
Bantuan adalah dalam bentuk life jacket dan pukat.
Menteri Besar berkata ia adalah penghargaan atas peranan nelayan
yang membekalkan makanan protein kepada masyarakat.
“Peranan besar nelayan
juga ditunjukkan oleh dasar perikanan negara yang mantap supaya sumber ikan
turut dijaga dengan baik”. Kata beliau lagi.
Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob juga mengingatkan nelayan supaya menjaga
keselamatan mereka dan kesihatan ketika menjalankan kerja sebagai nelayan.
0 comments:
Post a Comment