Pada 4..5.2017 lalu, YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang mempromosikan pelancongan Pahang di RTM 'Negeri FM' di Seremban dalam segmen 'Oghok Potang' bersama DJ Alin dan Adam.
Keudara selama kira-kira 30 minit, Dato' Sri Sharkar diwawancara oleh kedua-dua DJ Alin dan Adam dan membicarakan mengenai keberkesanan promosi Tahun Melawat Pahang 2017 ini.
Dato' Sri Mohd Sharkar memaklumkan bahawa sejak 1 Januari hingga 31 Mac lalu kehadiran pelancong ke Pahang meningkat ke 48 % berbanding tempoh sama tahun lalu dan meletakkan Pahang sebagai negeri ke-dua paling dikunjungi di Malaysia selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Sepanjang tahun lalu seramai 12.8 juta pelancong datang ke Pahang dan berbelanja sebanyak RM 10 Billion.
Gerak kerja Tahun Melawat Pahang sudah bermula sejak awal tahun lalu dimana telah diresmikan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Menteri Besar Pahang dan diikuti oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang bagi peringkat Nasional di Kuala Lumpur.
Ini diikuti oleh penyertaan Pahang dalam World Travel Mart di London pada bulan November 2016 lalu dimana sebahagian rombongan Promosi Pahang seramai 69 orang telah berlepas dari Kuantan dengan 17 buah kenderaan melalui 12 buah negara dan tiba di London dalam misi promosi selama 43 hari yang mana merupakan kemuncak kepada promosi Tahun Melawat Pahang 2017.
YB Dato' SrimMohd Sharkar juga memaklumkan bahawa pihak Pelancongan Pahang telah menyediakan Aplikasi khas 'Visit Pahang' bagi memudahkan pelancong mendapatkan segala maklumat mengenai pelancongan Pahang.
0 comments:
Post a Comment