AUTA
Dato Seri Ahmad Bashah, MB Kedah Hari ini telah melancarkan program BRIK utk membantu rakyat kedah menyambut ketibaan bulan RAMADHAN.
BR1K (Bonus RAKYAT 1KEDAH) RM750 utk semua rakyat Kedah SAHAJA berumur 16 hingga 55 tahun, I/C Mesti (02) sahaja.....
sila rujuk link dibawah untuk permohonan. Siapa yg belum mohon sila isi borang. Permohonan dibuka hingga 29 APRIL 2016
Pakat isi cepat buleh rasa duit kerajaan negeri pulak... tahniah org Kedah. Khas untuk org Kedah sahaja.
FAKTA
Kerajaan Kedah menafikan penyebaran mesej Bonus Rakyat 1Kedah (BR1K) sebagai bantuan menyambut Ramadan tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai tular tersebut.
“Saya dapat pelbagai pertanyaan mengenai mesej yang disebarkan kononnya bonus sebanyak RM750 yang akan dibayar kepada rakyat Kedah berusia antara 16 hingga 55 tahun bagi menyambut ketibaan Ramadan oleh kerajaan negeri.
“Saya menafikan mesej berkenaan adalah program rasmi kerajaan negeri dan ia amat jelas palsu dan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, mereka yang melakukan perkara itu amat terdesak untuk buat serangan politik semata-mata kerana mahu memburukkan imej beliau dan BN.
“Jiwa mereka menjadi tak kisah kepada dosa fitnah serta sanggup mengaitkannya dengan bulan mulia, Ramadan.
“Bagi saya, mesej nakal itu datangnya daripada pihak yang ketandusan idea untuk menyerang kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik oleh BN pada masa ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment