Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Adnan Yaakob berkata statistik
kes jenayah seksual kanak-kanak yang berlaku di negara ini adalah mengejutkan
dan menyeramkan.
Menurut beliau jumlah kes seksual negara ini dari tahun 2010
hingga 2016 berjumlah 12,800 kes rogol, 5,705 cabul, sumbang mahram berjumlah
1604, seks luar tabie berjumlah 1,050 kes dan
kes jenayah seks kanak-kanak mecatatkan purata seribu kes setiap tahun.
“Kes jenayah seksual kanak-kanak di negara ini bukan perkara
baru. Cuma kesedaran terhadapnya kurang di kalangan masyarakat. Manakala laporan kes ini juga kurang
dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana masalah budaya masyarakat yang mungkin mengaibkan keluarga mangsa.”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Hentikan
Jenayah Seksual Kanak-Kanak Anjuran Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan Amal
Isteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (TERATAI).
Menurut beliau lagi, kesedaran terhadap jenayah seksual
harus ditingkatkan di kalangan masyarakat kerana di adalah membimbangkan dan memohon orang ramai bekerjasama dengan
pihak berkuasa untuk sama-sama membanteras jenayah seksual kanak-kanak.
0 comments:
Post a Comment