Shah Alam - Seorang peguam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menyogok seorang timbalan pendakwa raya (TPR).
Suspek didakwa cuba memberi sogokan RM1,000 kepada TPR bagi menggugurkan satu kes rompakan.
Penahanan dibuat di rumahnya di sini jam 10 malam tadi oleh sepasukan SPRM Cawangan Klang.
Menurut sumber, suspek direman selama empat hari.
0 comments:
Post a Comment