Kementerian Sumber Manusia sentiasa peka dengan keperluan rakyat terutamanya golongan pekerja yang memerlukan pembelaan.
Keprihatinan ini terbukti apabila Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib sendiri turut padang menyerahkan bantuan wajib kepada penerima.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Maran menyampaikan sumbangan kepada Orang Berinsurans (OB), Ahmad Azizi Abdil Halim yang telah dirujuk ke Jemaah Doktor (MMI) dan telah mendapat taksiran Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK) dan layak Elaun Layanan Sentiasa (ELS).
"Ahmad Azizi menerima bayaran pertama FHUK sebanyak RM98,728.00 dan menerima kadar bulanan yang akan diperoleh adalah sebanyak RM1,587.20 dan ditambah kadar ELS RM500.00 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM2,087.20.
"Pihak kementerian sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan jika memang mereka layak menerima sumbangan, kita akan bantu sebaik mungkin," katanya selepas menyerahkan sendiri sumbangan berkenaan semalam.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Abdul Rahman & Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan) Perkeso, Datin Azlaily Abd Rahman.
0 comments:
Post a Comment