Skuad Kuantan FA melakar kejutan di minit-minit terakhir apabila menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 3-1 dalam aksi Liga Perdana 2017 di Stadium Darul Makmur di sini malam tadi.
Penyerang gantian Nabilah Khan Razali muncul wira tuan rumah dengan dua gol pada m-87,90 untuk memastikan tiga mata menjadi milik skuad kendalian Zulhamizan Zakaria.
Sebelum itu gol pertama Kuantan dijaringkan hasil tandukan pemain import Ljuba Baranin pada m-85 menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Hamdan Sairi.
Namun lawan terlebih dulu menghasilkan gol pembukaan menerusi bekas penyerang tuan rumah musim lalu, Dao Bakary yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti menewaskan penjaga gol Mohd Sheril Anuar Saini pada m-68.
Sebelum itu separuh babak pertama perlawanan berakhir tanpa sebarang gol biarpun skuad kendalian Zulhamizan Zakaria memiliki beberapa peluang keemasan namun ketumpulan penyudah menghalang hajat tuan rumah.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Tuan Mohd Yassin.
0 comments:
Post a Comment