Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 10, 2017

GUAN ENG HANYA MAHU ALIH PERHATIAN


Lim Guan Eng


Shah Alam - Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap keadaan Kelantan hanyalah untuk mengalih tumpuan daripada kontroversi campur tangan terhadap fatwa yang berlaku di Pulau Pinang pada hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng menyerang Kelantan hanya untuk menghentikan seluruh perhatian ke arah Pulau Pinang ketika ini.

"Guan Eng berkata Kelantan sebagai negeri yang muflis pada saat negeri ini berada pada kedudukan ketiga tertinggi di negara dari sudut pemilikan kediaman iaitu sebanyak 83.9 peratus.

"Di dalam usaha mengalih perhatian tersebut, Guan Eng menyerang Kelantan. Meletakkan Kelantan sebagai sasaran hanya akan menjadikan Guan Eng sebagai bahan ketawa," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Kelantan lemah dalam mengurus banjir.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng juga menyifatkan Kelantan sebagai negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir Pas.

Ahmad Fadhli dalam pada itu mencabar Guan Eng untuk mendatangkan statistik berapakah peratus pemilikan kediaman di Pulau Pinang dan kekuatan ekonomi Bumiputera di negeri itu. 

"Saya barangkali boleh sedikit membantu Guan Eng mengingatkan beliau terhadap fakta bahawa mengikut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2014), populasi penduduk Pulau Pinang adalah 1.663 juta orang iaitu Cina (42.2 peratus), Melayu (41.3 peratus), India (9.8 peratus), bangsa-bangsa lain termasuk warga asing (6.7 peratus). Bagaimanapun dari sudut pemilikan tanah, Pejabat Tanah dan Galian pada 2010 telah mengeluarkan statistik bahawa pemilikan tanah oleh kaum Cina di Pulau Pinang mengikut bilangan hak milik adalah sebanyak 64 peratus, manakala Melayu pula hanya 28 peratus dan India sebanyak 8 peratus.

"Ini bukan isu perkauman, ini adalah fakta dan timbanglah sendiri mengikut neraca yang sihat dan adil. Tepatkah peratus pemilikan tersebut jika dibandingkan peratus bilangan penduduk? Adalah lebih baik Kelantan yang diktakan muflis ini jika dibandingkan dengan Pulau Pinang dari sudut menjaga hak pribumi bumiputera dan keadilan untuk rakyat," katanya lagi.


0 comments:

share2