Shah Alam - Hospital-hospital di kawasan sekitar sini dilaporkan kekurangan darah jenis A, B dan O.
Melalui laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, setakat jam 8.47 pagi tadi, bekalan tiga jenis darah ini dilaporkan kurang oleh Pusat Darah Negara (PDN)
"Kumpulan darah A, B dan O diperlukan dan boleh tampil untuk menderma darah bagi membantu pesakit.
"PDN memerlukan 3500 beg darah seminggu untuk keperluan hospital di Lembah Klang," katanya.
Justeru, mereka mengajak orang ramai untuk sama-sama membantu mengatasi masalah kekurangan darah ini.
"Anda mampu membantu, dermalah darah dan selamatkan nyawa.
"Mereka tidak tahu siapa anda namun begitu, pada mereka, andalah hero," katanya.
0 comments:
Post a Comment