Kerajaan Negeri Pahang melalui agensinya Pelancongan
Pahang dengan kerjasama beberapa agensi
lain seperti Pejabat Kementerian dan Pelancongan Malaysia Pahang, Tourism
Malaysia Pahang, Lembaga Pembangunan Tioman, Majlis Perbandaran Kuantan,
Kraftangan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang akan
mengadakan Majlis Pengistiharan Tahun Melawat Pahang 2017 pada 20 Januari 2017
di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.
Majlis Pengisyhtiharan akan disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja
Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah pada jam
8.00 malam.”
EXCO Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang , Dato’ Sri Mohd
Sharkar Shamsudin berkata kempen promosi Tahun Malawat Pahang 2017 telah
bermula pada 21 April 2016 dan ianya berterusan sehingga penghujung Disember
2016. Namun kerancakan sambutan Tahun
Melawat Pahang 2017 diteruskan lagi dengan majlis pengisytiharan ini yang
dijangka akan menarik kehadiran lebih 5 ribu pengunjung.
“Pelbagai acara menarik telah dirangka untuk pengunjung
bermula jam 10.00 pagi. Antaranya pameran dan jualan agensi kerajaan serta
jualan pakej dari agensi pelancongan , hotel, pengusaha produk dan homestay.
Jualan produk makanan tempatan termasuk ‘food truck’, jualan produk berasaskan
pertanian FAMA Negeri serta jualan dan pameran kraftangan tempatan. Pada
sebelah malam pula, majlis disemarakkan lagi dengan persembahan kebudayaan khas yang memaparkan kebudayaan 11 daerah di
Negeri Pahang serta diserikan lagi dengan kehadiran artis tempatan.”
Menurut Dato’ Sri Sharkar lagi, Pahang sebagai negeri
terbesar di Semenanjung Malaysia memiliki khazanah semulajadi yang tidak
ternilai seperti hutan hujan tropika, gua-gua yang masih terpelihara serta
pelbagai jenis flora dan fauna.
Tahun Melawat Pahang 2017 dijangka mencapai sasaran kedatangan 15 juta pelancong
ke Negeri Pahang.
Bagi maklumat dan informasi pelancongan terkini di
Negeri Pahang, aplikasi telefon pintar
‘Visit Pahang’ boleh dimuat turun melalui ‘Apps Store’ atau ‘Google Play’.
0 comments:
Post a Comment