Kuala Lumpur - Rata-rata peserta Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang untuk turut serta mengikuti Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Bagi mereka, inilah landasan terbaik untuk mendekatkan golongan muda khususnya pelajar di universiti dengan parti UMNO sekaligus memahami apakah sebenarnya perjuangan UMNO.
Pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), Noor Emira Khairaney Nor Arsad 23, berkata, mahasiswa hari ini dilihat mengalami masalah kecelaruan persepsi mengenai parti UMNO.
Oleh itu katanya, pendedahan yang diberikan sebegini boleh memberikan penjelasan yang baik agar kecelaruan persepsi itu dapat diperbetulkan.
“Landasan terbuka UMNO ini dapat memberi ruang agar mahasiswa mendengar sendiri penjelasan yang dilakukan di sini agar tidak terus berada berfikiran negatif meneganai parti UMNO ini.
“Saya berharap di masa akan datang akan lebih ramai lagi mahasiswa dijemput untuk hadir ke sini bagi mendengar sendiri ucapan dan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai segala fitnah dan pandangan buruk mengenai parti ini,” katanya yang ditemui UMNO-Online.
Menurut seorang lagi perwakilan mahasiswa PEMANAS Dayang NurulHafizah Ramlee, 23, dari Universiti Sains Malaysia menyatakan bahawa banyak yang dapat diperolehi melalui perhimpunan ini.
“Banyak dasar positif yang dijelaskan kepada mahasiswa antara yang saya tertarik ialah mengenai gerakan Transformasi Nasional, yang berkenaan dengan pembinaan modal insan yang perlu bagi seorang mahasiswa.
“Program seperti Fellow Ferdana, MANTAP dan PEMANAS adalah program yang baik untuk mahasiswa bagi melahirkan mahasiswa yang seiring dengan dasar kerajaan yang sedia ada,” katanya.
Perwakilah mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah, Wan Mahussin Wan Zain, 22, pula berkata, perhimpunan ini cukup menaikan semangat perjuangan antara ahli parti UMNO sendiri malah sebagai pelajar beliau turut merasakan roh perjuangan itu.
Oleh itu beliau berharap UMNO akan terus memberikan peluang sebegini kepada mahasiswa pada masa akan datang.
“Sebagai seorang pelajar yang diberikan peluang untuk bercakap mewakili mahasiswa dalam persidangan ini, saya berharap agar suara mahasiswa akan diangkat, ditunaikan serta dilaksanakan secara berkesan jika difikirkan sesuai,” katanya.
0 comments:
Post a Comment