Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 17, 2016

ANAK DERITA PENYAKIT SARAF


Anak derita penyakit saraf



Repek – Sebuah keluarga di sini perlu membelanjakan hampir RM1,200 sebulan untuk menampung keperluan anak tunggal mereka berusia 2 tahun yang menderita penyakit saraf dan mulut sumbing.

Ibunya, Liyana Hamu, 19, berkata, Muhammad Ziqry Aiman Edey Sherrey disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir menyebabkan dia terpaksa bergantung kepada mesin untuk minum susu.

Menurutnya, pihak hospital turut memasukkan tiub ke dalam perut bagi mengelakkan anaknya itu muntah ketika minum susu.

“Atas nasihat doktor, pek susu pakai buang digunakan bagi mengelak jangkitan kuman, sedangkan harga pek susu itu mencecah RM400. Itu belum termasuk lampin pakai buang, ubat dan perbelanjaan perubatan lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Selain itu, kata Liyana, anaknya juga sering diserang sawan, sekurang-kurang sebulan sekali.

Malah katanya, dia sedaya upaya mengangkat anaknya itu dengan berhati-hati kerana Ziqry memiliki kulit sensitif dan menggelupas.

"Saya tak tahu selama mana kami dapat menyediakan kelengkapan untuk keperluan Ziqry, memandangkan upah suami (Edey Sherry Ramli) yang bekerja kampung, tidak mampu untuk menyediakan ribuan ringgit sebulan. Sebab itu kami mengharapkan bantuan orang ramai untuk meringankan beban, sekurangnya mendoakan agar penyakit anak kami sembuh.

“Saya juga berharap permohonan untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diluluskan segera, memandangkan ada kakitangan JKM datang ke rumah kami beberapa hari lalu,” katanya.


1 comments:

  • Anonymous says:
    August 17, 2016 at 6:08 PM

    Tuan Blog,
    mohon dapat kan akaun no,hp atau lain2 info berkaitan bagi sesiapa yang hendak membantu / derma..terima kasih.

share2