Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 11, 2016

MENTERI BESAR PAHANG SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR UIAM



Kuantan - Satu majlis ringkas menyampaikan sumbangan kepada mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan petang semalam (10.5.2016) di Kampus Gombak.

Mereka yang terbabit adalah pelajar-pelajar yang terlibat dengan Soup Kitchen Programme (SKP) dan seramai 150 orang.

Yayasan Pahang memberi bantuan secara 'One-Off' sebanyak RM4,000.00 kepada 150 pelajar universiti berkenaan yang telah dikenalpasti dari keluarga yang kurang berkemampuan. 

Usaha ini adalah atas inisiatif dan merupakan sebahagian tanggung-jawab koporat (CSR) Yayasan Pahang selaku agensi yang bertanggungjawab dan terlibat dengan hal-ehwal pendidikan anak-anak Pahang.

YAB Menteri Besar Pahang selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan kepada seramai 147 orang pelajar petang semalam yang bukan saja dari negeri Pahang bahkan dari Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang juga.

Usaha ini adalah bertujuan untuk meringankan beban pelajar-pelajar berkenaan yang menghadapi masalah peningkatan kos sara hidup di kawasan bandar.

Selepas majlis penyampaian sumbang berkenaan, Menteri Besar sempat bertahlil dan menjamu selera bersama-sama pelajar berkenaan. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Mahmud Nawawi dan Presiden Alumni En. Khalid Awang.






0 comments:

share2