Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 15, 2016

POLIS TERIMA KERTAS BANTING SIASATAN KE ATAS GUAN ENG


ABU BACKER SIDEK MOHAMAD ZAN


Kuala Lumpur - Seorang peguam, Datuk Abu Backer Sidek berkata, satu kertas banting yang dibuatnya mengenai siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, Hasil Kajian Jenayah Forensik kesalahan Guan Eng telah ditransformasi dalam bentuk banting bersama dokumen sokongan dengan bukti-bukti kesalahan yang dilakukannya telah diserahkan kepada Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Datuk Mohd Khalil Kader Mohd di Bukit Aman,bagi pihak Ketua Polis Negara , petang semalam.

"Alhamdulillah, banting yang pada mulanya ingin diberikan kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) telah diterima menerusi SUPM.

"Saya ke Bukit Aman untuk mengetahui status siasatan terhadap Guan Eng serta mahu membantah debat atau forum yang hendak diadakan antara Guan Eng dan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dijadualkan pada 17 April ini yang hendak di siarkan oleh TV3 dan RTM.

"Ianya hanya akan mengganggu siasatan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Siasatan jenayah tidak boleh di forumkan dan siasatan hendaklah di lakukan mengikut lunas undang undang bukannya dengan debat dan perbalahan di media," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Abu Backer Sidek mendesak pihak berkuasa negara ini mempercepatkan siasatan telus dan adil termasuk mereman Guan Eng bagi mengelak lebih banyak berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Katanya, SPRM, PDRM dan Peguam Negara perlu bertindak pantas menangani situasi tersebut untuk elak undang-undang terus dipermainkan dan wujud amalan double standard dalam siasatan.


0 comments:

share2