Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 17, 2016

PENGAKUAN ARAB SAUDI CUKUP UNTUK TUTUP CERITA RM2.6B


Khairy Jamaluddin


Kuala Lumpur - Pemuda Umno menyifatkan pengakuan kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya, Adel Al-Jubeir kelmarin menutup cerita skandal derma RM2.6 bilion yang mengaitkan bosnya, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya perlu memainkan peranan menyebarkan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu kepada seluruh rakyat negara ini.

"Saya harap itu dapat menutup semua cerita. Saya anggap isunya sudah selesai selepas disahkan oleh kerajaan Arab saudi.

"Kita (Pemuda) kena yakinkan kepada rakyat ini pengesahan yang telah dibuat oleh negara yang memberi derma itu," katanya pada sidang media selepas merasmikan program kupas buku di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir mengesahkan bahawa sumbangan derma kepada Najib adalah daripada negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan

Namun menurutnya, sekiranya rakyat masih tidak yakin dengan penjelasan mereka, tiada apa yang boleh dibuat lagi oleh pihaknya.

"Tapi kita perlu viralkan apa yang disebut oleh Menteri Luar Arab Saudi dan perlu beritahu ini pengesahan daripada tuan yang memberi derma.

"Jadi tiada apa-apa lagi nak disembunyikan. Kita sudah dapat pengesahan tersebut," katanya.


0 comments:

share2