Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 9, 2016

NGO MAHU POLIS SIASAT KHAIRUDDIN


Khairuddin Abu Hassan


Kota Kinabalu - Pakatan Badan Bukan Kerajaan Pro Barisan Nasional (NGO Pro BN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Presidennya Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya meminta polis menyiasat kenyataan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kononnya polis sengaja menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bagi menghalangnya menghadiri sidang Dewan Rakyat ketika laporan PAC itu diedarkan semalam.

"Ini satu tuduhan yang amat jahat ke atas pihak polis dan dilihat sebagai satu cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat dan rakaman (video) tersebut telah tersebar di Facebook dan WhatsApp," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada kira-kira 10.30 pagi.

Zulkarnain berkata, pihaknya turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya terlibat dalam isu 1MDB sehingga menyebabkan syarikat itu kehilangan RM42 bilion.


0 comments:

share2