Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 24, 2016

LEBUHRAYA PAN BORNEO BAKAL BAWA IMPAK BESAR


Lebuhraya Pan Borneo bakal bawa impak besar


Papar - Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan membawa impak yang besar kepada bumi Sabah dan rakyatnya termasuk dari segi pembangunan sosioekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun banyak projek telah dilaksanakan di negeri ini namun jika dibuat perbandingan tidak dinafikan apabila projek lebuh raya itu siap kelak, ia bakal menjadi projek yang membawa kesan dan impak paling besar di negeri ini.

Katanya ini kerana impak pembangunan yang bakal dibawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah kelak bersifat lonjakan berganda serta berterusan, tidak seperti projek biasa yang lain.

"Ya, kita telah buat banyak projek di Sabah. Kita telah buat Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP), Sabah Oil & Gas Terminal (SOGT), Lahad Datu Palm Oil Industrial Cluster (POIC), kita wujudkan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kita bina jalan raya luar bandar, laksanakan projek bekalan elektrik, air, projek perumahan rakyat dan pelbagai lagi sejak Sabah bersama membentuk Malaysia.

"Tapi kalau kita nilai dalam banyak projek tersebut, dalam membuat perbandingan mana satu projek yang bawa impak paling besar, saya berani kata bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo untuk Sabah merupakan projek yang paling besar kesan dan impaknya kepada bumi Sabah," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah di Kampung Andus, Papar yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum.


0 comments:

share2