Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 14, 2016

[KUANTAN] RUMAH SIMPAN 1,001 MEMORI HANGUS TERBAKAR


Rumah simpan 1,001 memori hangus terbakar


Rumah yang menyimpan 1,001 memori keluarga Awang Mat Adam ,67 di Kampung Seri Pandan di sini hanya tinggal kenangan selepas hangus terbakar pagi semalam.

Menurut Awang, pada hari kejadian, semua ahli keluarganya sedang leka menjalankan rutin harian masing-masing.

“Saya terkejut apabila anak lelaki saya, menjerit ada api dan menyuruh setiap ahli keluarga keluar dari rumah dengan segera.

“Ketika itu,masing-masing tergamam dan hanya sempat melarikan diri sahaja kerana api marak dengan cepat bermula dari ‘ibu api’ dari depan rumah yang seterusnya menyambar dinding papan sekali gus meranapkan rumah ini,”katanya yang reda dengan kejadian yang menimpanya ini.

Lebih memilukan, rumah papan ini diperbuat daripada pokok kayu cengal yang dicarinya sendiri dalam hutan ketika muda dahulu.

“Saya cari kayu di hutan, potong jadi papan dan upah tukang rumah untuk bina rumah ini kerana rasakan kepuasan melihat rumah hasil titik peluh sendiri.

“Mengenangkan penat lelah mencari kayu di hutan, saya terkilan juga,tetapi nak buat macam mana, ALLAH hanya tentukan saya diami rumah ini hanya dalam tempoh 30 tahun sahaja,”katanya.

Turut terbakar enam buah motosikal yang di parkir depan rumah milik anaknya termasuk motosikal milik beberapa rakan anaknya yang tumpang parkir sementara pada hari kejadian.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Noridan berkata,jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian dan pihak bomba mendapati rumah tersebut sudah 90 peratus terbakar.

Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan


0 comments:

share2