Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 15, 2016

KISAH IMAM SYRIA PERNAH DITEMBAK DUA KALI


Syria


Pernah ditembak dua kali ketika peperangan melanda negara Syria, itulah harga yang terpaksa dibayar selepas negara beliau terlibat dalam kancah peperangan‎ ketika ini.

Beliau yang dimaksudkan ialah bekas imam dan khatib di Homs, Syria Ahmad yang kini menjadi imam di kem pelarian Sakan Karamah, Jordan.

Kesempatan Tim Hajat yang diwakili oleh NGO Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Astro Prima dan Sinar Harian bertemu dengan beliau baru-baru ini, di kem itu, Badr Mahmud meluahkan perasaan dan menceritakan momen-momen cemas dan mencabar tak kala negaranya berhadapan dengan pergolakan perang.

"Saya berpindah dari Syria kerana mendapat tekanan yang hebat daripada pemerintahan rejim Basyar Assad.

"Untuk pengetahuan semua,pemerintahan Basyar sangatlah zalim...‎kekejaman melampau Basyar adalah dia hingga sanggup membunuh wanita-wanita di dalam masjid," katanya kepada tim Hajat.

Berbicara lanjut, Ahmad berkata pemerintahan Basyar sanggup melakukan apa sahaja, sekiranya mereka tidak tunduk dengannya.

"Saya pernah ditembak dua kali iaitu satu ketika di rumah sendiri, dan satu lagi ketika dalam perjalanan ke Jordan," katanya.

Ujarnya lagi, sehingga sekarang bekas tembakan itu masih berbekas namun apa-apa pun ujarnya, beliau tetap bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan umurnya.

"Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH," katanya.

Kem Sakan Karamah dibina oleh sebuah NGO dari negara Kuwait, ia menempatkan 382 pelarian iaitu 184 lelaki dan 198 perempuan daripada 51 keluarga pelarian Syria.

Di Kem itu terdapat 10 ‎blok bangunan (51 bilik) bagi menempatkan ke semua keluarga tersebut.

Kedatangan tim Hajat ke kem itu bagi memberi sumbangan berbentuk ubat-ubatan, makanan dan sumbangan yang lain.

Tim Hajat memulakan misi ke kem pelarian Syria di Jordan yang mengambil masa selama 11 hari di bumi Jordan bermula 12 April lalu.

Kira-kira 10 orang krew yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.


0 comments:

share2