Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 14, 2016

KEISTIMEWAAN ANGKA 11 DALAM PRN SARAWAK


Adenan Satem


Kuching - Angka 11 nampaknya amat istimewa bagi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Apa tidaknya! Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 11 April untuk merintis jalan kepada pilihan raya negeri ke-11.

Ketua Menteri Sarawak ke-11, Tan Sri Adenan Satem, akan memimpin Barisan Nasional Sarawak di medan pertarungan, yang jumlah kawasannya bertambah daripada 71 kepada 82 berikutan langkah penyempadanan semula baru-baru ini dengan menghasilkan 11 kerusi tambahan.

Penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pula diadakan pada 25 April - 11 hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuaratnya hari ini.

SPR memperuntukkan 11 hari sebagai tempoh berkempen sebelum pengundian diadakan pada 7 Mei. 


0 comments:

share2