Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 15, 2016

GARA-GARA GAJI TAK DIBAYAR, PAK GUARD KUNCI SEKOLAH




Berlaku sedikit kekecohan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Keat Hwa (S), Kampung Baru, Alor Setar, Kedah, apabila pengawal keselamatan bertindak mengunci pintu pagar utama sekolah, awal pagi semalam.


Kejadian itu sekali gus menyebabkan sekurang-kurangnya 100 murid, beberapa pekerja kantin dan guru yang hadir seawal 6.30 pagi tidak dapat masuk serta terkandas di hadapan pintu pagar sekolah.

Difahamkan, pengawal keselamatan bertindak sedemikian kerana mogok berikutan masalah gaji yang tidak dibayar majikan mereka.

Di luar pagar sekolah, terdapat juga kain rentang yang tergantung dengan mesej, “Sila jelaskan gaji, tunggakan dan caruman KWSP,… kami nak makan, kami ada keluarga, kami nak bayar sewa.”




Menurut Berita Harian, pengawal keselamatan sekolah itu mendakwa sudah empat bulan tidak menerima gaji.

Sementara itu, Pengerusi Pengelola sekolah itu, Lim Gek Leng berkata, pagar itu dapat dibuka apabila seorang guru lelaki bertindak memanjat pagar dan mengambil kunci di bilik pengawal keselamatan.

“Kami dimaklumkan seramai empat pengawal keselamatan yang berkhidmat di sini mengalami tunggakan gaji lebih RM5,000 seorang sejak Januari lalu,” katanya.

0 comments:

share2