Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 8, 2016

BUKU LATIHAN `GALAKAN' ANIAYA BINATANG


Buku latihan 'galakan' aniaya binatang


Seremban - Guru Besar dan pihak sekolah dinasihatkan agar meneliti kandungan buku latihan terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk latihan pembelajaran.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Chong Sin Woon, berkata, tindakan itu bagi mengelak kandungan buku latihan yang menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Saya menerima aduan daripada ramai pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tentang buku latihan yang menggalakkan penganiayaan binatang.

“Buku latihan Bahasa Melayu Darjah Tiga ini dipercayai digunakan di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC),”katanya dalam sidang media selepas Majlis Kasih Rakyat Dun Ampangan dan Dun Sikamat, di Balai Raya Desa Rhu, di sini.

Sin Woon berkata demikian selepas buku latihan yang menggalakkan penganiayaan binatang itu tersebar dan menjadi viral di laman sosial Facebook.

Buku latihan tersebut seolah-olah mengajar murid sekolah supaya membaling batu ke arah anjing itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk NGO pencinta binatang.

Menurut Sin Woon, buku latihan tersebut bukan dibawah kementerian sebaliknya dibeli oleh pihak sekolah dari syarikat buku.

“Buku ini dibeli oleh guru sebagai buku latihan tambahan murid. Kita tidak pernah mencadangkan buku latihan ini dan ia tidak sesuai digunakan untuk pembelajaran.

“Apa yang boleh saya nasihatkan ialah para guru perlu mengajar ilmu yang betul kepada murid supaya tidak berlaku penganiayaan terhadap anjing atau binatang lain,” katanya.

Katanya, penerbit buku tersebut seharusnya sensitif dengan kandungan kerana ia boleh mendatangkan perasaan kurang senang masyarakat.


0 comments:

share2