Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 12, 2016

BERMULA DENGAN INSIDEN MEMALUKAN


Bermula dengan insiden memalukan


Sebalik gah nama Victoria's Secret sebagai pengeluar dan pembekal produk pakaian dalam wanita popular di dunia, ramai tidak mengetahui sejarah penubuhannya.

Pengasasnya, Roy Raymond mendapat ilham daripada pengalaman memalukan selepas membeli pakaian dalam untuk isterinya pada 1981.

Rentetan peristiwa itu, idea tercetus dengan membuka kedai khas produk pakaian dalam wanita, Victoria’s Secret.

"Ketika saya cuba membeli pakaian dalam untuk isteri, saya berhadapan dengan rak dipenuhi jubah-kain tuala dan baju tidur nilon corak bunga yang hodoh.

"Dan saya perasan penjual kedai fikir saya seorang yang pelik dan tidak dialu-alukan di situ," katanya.

Graduan Tufts University dan Standford Graduate School of Bussiness itu memulakan perniagaan dengan modal AS$40,000 (RM168,000).

Kedai pertama Victoria’s Secret dibuka di Standford Shopping Center. Setelah menerima sambutan luar biasa, Roy memperluaskan empayar perniagaan dengan tiga cawangan baharu.

Namun setelah lima tahun, Roy secara tiba-tiba menjual semua perniagaan dan asetnya pada 1982.

Ia kemudian dibeli pesaing terbesarnya, Leslie Waxner iaitu pemilik jenama The Limited, dengan harga AS$1,000,000 (RM3.8 juta).


0 comments:

share2