Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 26, 2016

[KUANTAN] EL NINO: AIR KELAPA LARIS


El Nino: Air kelapa laris


Air kelapa antara minuman yang menjadi pilihan untuk menyejukkan badan, justeru cuaca panas susulan fenomena El Nino memberikan rezeki tambahan kepada penjualnya.

Peniaga, Ahmad Asraf Ahmad Zamri, 18, berkata, jualan air kelapa meningkat sehingga 50 peratus berbanding sebelum ini.

Menurutnya, disebabkan permintaan tinggi, air kelapa dijual di gerainya di Bukit Setongkol di sini seawal jam 10.30 pagi dan habis dijual menjelang jam 4 petang.

“Kadang-kadang tak menang tangan layan pelanggan yang datang beli air kelapa.

“Ada pelanggan suka minum terus dari buah, ada yang suka dicampur dengan air gula dan ais batu. Itu semua selera masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di gerainya.

Remaja itu berkata, air kelapa buah dijual dengan harga RM5 sebiji, manakala air yang diletakkan dalam bekas plastik bersama ais dan air gula dijual dengan harga RM2 sebekas.

Sementara itu, Norzarifah Adnan, 34, berkata, air kelapa bukan sahaja menyegarkan badan, tetapi memberi tenaga kepadanya khususnya ketika panas terik.

“Dari kecil lagi saya diajar untuk minum air kelapa jika panas badan dan Alhamdulillah, ia memang mujarab.

“Boleh dikatakan saya beli air kelapa setiap hari untuk stabilkan kandungan air dalam badan akibat cuaca panas,” katanya.


0 comments:

share2