Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 30, 2016

[KUANTAN] AHLI UMNO AKAN FAHAM TINDAKAN TERHADAP TUN MAHATHIR



30.03.16 - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Sharkar Shamsudin yakin ahli-ahli UMNO akan memahami tindakan yang akan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad  kerana rakyat negara ini tidak bersifat emosi dalam tindakan mereka.

"Rakyat Malaysia bukan macam Arab Spring yang bertindak ganas, sementara keadaan negara juga aman dan tidak ada masalah ekonomi besar yang tidak boleh ditanggani oleh kerajaan. Pemerintah hanya perlu sedikit masa untuk mengembalikan keadaan ekonomi negara berikutan krisis ekonomi yang melanda dunia sejak tahun lalu"

Mohd Sharkar berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama pengamal media di Kuantan.  

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir dua hari lalu, bahawa Perdana Menteri mungkin boleh dilucutkan jawatan jika raja-raja mendengar suara rakyat, meskipun beliau mengakui bahawa Majlis Raja-Raja tidak mempunyai kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkirkan seorang Perdana Menteri.

Mohd Sharkar yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh turut menyifatkan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri tidak akan berjaya kerana rakyat Malaysia dapat menilai kemampuan Perdana Menteri mentadbir negara dalam keadaan ekonomi dunia yang serba mencabar.






0 comments:

share2