Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 25, 2016

APLIKASI WECHAT WALLET DIUJI DI MALAYSIA


WeChat


Aplikasi WeChat kini sedang memulakan ujian WeChat Wallet di kalangan pengguna terpilih di negara ini sekali gus memberikan petanda ia bakal diperkenalkan secara meluas dalam masa terdekat.

Tahun lalu, WeChat mengumumkan mereka akan membawa sokongan pembayaran melalui aplikasi pemesejan mereka ke pasaran tempatan.

Namun difahamkan, sejak daripada pengumuman itu, pihak pengurusan mereka telah mendiamkan diri tanpa sebarang kemas kini mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan daripada amanz.my, WeChat Wallet merupakan salah satu perkhidmatan yang terbina pada aplikasi WeChat.

Malah melaluinya juga, para pengguna boleh menghantar wang kepada rakan-rakan di WeChat, atau pada masa yang sama turut membeli barangan dan perkhidmatan melaluinya.

Seperti sedia maklum, WeChat merupakan antara perkhidmatan yang terbesar di China dan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menerima bayaran melaluinya.

Bagi peringkat ujian di negara ini, aplikasi tersebut membolehkan pengguna membuat pembelian kad tambah-nilai, membuat pembelian tiket wayang dan juga tiket penerbangan.

Seperti beberapa perkhidmatan dompet digital yang lain, pengguna juga perlu menambah kad kredit atau debit mereka terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Buat masa ini, aplikasi tersebut masih dalam peringkat ujian lagi dan WeChat dijangka akan memperkenalkan sokongan untuk lebih pembayaran lain sebaik sahaja ia dilancarkan kepada umum.


0 comments:

share2