Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, January 24, 2016

BANDUAN LOLOS DARI PENJARA MARANG


Banduan lolos dari Penjara Marang


Marang - Seorang banduan dilaporkan melarikan diri dari Penjara Marang dengan memanjat pagar di Zon 3 penjara berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi, hari ini.

Banduan dikenali sebagai Mohd Nazri Mat Nasir, 23, sedang menjalani hukuman kerana kesalahan mencuri dalam bangunan dipercayai memanjat pagar di Zon 3 selepas meminta kebenaran untuk ke tandas ketika mengikuti kelas agama di penjara itu.

Usaha mengesan dan mencari banduan yang beralamat dari Kampung Paya Resak, Bukit Payong, Marang dan berkulit gelap dengan ketinggian lebih kurang 5 kaki 4 inci itu kini sedang giat dijalankan di sekitar kawasan Penjara Marang.

Malah usaha pencarian banduan terbabit turut dijalankan di kawasan penempatan berhampiran dan pihak Jabatan Penjara Marang juga dikatakan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memaklumkan hanya seorang banduan melarikan diri dan bukan dua banduan seperti diviralkan di laman sosial.

Orang ramai mempunyai sebarang maklumat atau terserempak dengan banduan terbabit boleh terus melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghubungi balai polis berdekatan.


0 comments:

share2