Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 19, 2015

WUJUDKAN PERBUALAN SIHAT MENGENAI HUBUNGAN, PENDIDIKAN SEKS DENGAN ANAK-ANAK

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Ibu bapa perlu digalakkan supaya mengadakan perbualan secara sihat dengan anak masing-masing tentang hubungan dan pendidikan seks, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Pengarah Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) bagi Malaysia, Caspar Peek berkata langkah itu boleh membantu anak-anak menjadi lebih bersedia menghadapi perkara yang bakal mereka tempuhi dalam kehidupan.

"Ia akan menjadikan mereka (kanak-kanak) lebih berpengetahuan dan mencegah berlakunya kes tidak diingini seperti kehamilan remaja dan penyakit berpunca daripada hubungan seks," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Laporan Penduduk Dunia UNFPA 2015 bertajuk 'Shelter from the Storm: A Transformative Agenda for Women and Girls in a Crisis-Prone World' di sini Jumaat.

Peek berkata selain sekolah dan guru, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik minda golongan muda ke arah menjalani kehidupan secara sihat.

Beliau berkata disebabkan beberapa faktor termasuk budaya, seks dianggap suatu topik larangan di Malaysia dan keadaan itu berbeza di dunia barat.

Laporan itu, antara lain menunjukkan dari 100 juta orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan di seluruh dunia sekarang, kira-kira 26 juta adalah wanita dan remaja perempuan yang berada dalam lingkungan usia boleh mengandung.

UNFPA adalah agensi utama PBB yang berusaha mewujudkan keadaan dunia di mana setiap kehamilan tidak ditolak, setiap kelahiran adalah selamat dan potensi setiap anak muda akan dipenuhi, kata laman sesawangnya.




0 comments:

share2