Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 16, 2015

KERJASAMA PAS - UMNO: JANGAN TERLALU BEREMOSI

salam



KOTA BHARU - Pas perlu berlapang dada mengenai isu kerjasama dengan Umno kerana terlalu awal pimpinan parti itu untuk menilai baik dan buruk pelawaan tersebut.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, malangnya cadangan kerjasama itu ditolak dengan mudah oleh segelintir pemimpin Pas melalui kenyataan segera.

Menurutnya, lebih baik jika kenyataan mereka dikaji secara mendalam dan kolektif terlebih dahulu agar nampak lebih matang.

“Jika Pas meragui keikhlasan dan kesungguhan Umno, mereka boleh menghantar pemimpin mereka menemui pemimpin Umno bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci ke atas cadangan tersebut.

“Dalam pertemuan tertutup begini, bolehlah disuarakan keraguan Pas kepada Umno, malah boleh meminta komitmen Umno terhadap perkara-perkara tertentu sebagai bukti keseriusannya untuk bekerjasama,” katanya mengulas kerjasama Umno dan Pas yang disuarakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Persidangan Agung Umno 2015.

Kamarul berkata, perbincangan tertutup akan mendatangkan lebih banyak manfaat kepada dua-dua pihak khususnya Pas.

“Berbanding dengan berbalas kenyataan di media yang selalunya lebih banyak emosi dan retorik, ajakan Umno adalah satu perkara yang baik dan berharap Pas lebih teliti membuat sebarang keputusan.

“Ini kerana, perpaduan ummah adalah tuntutan agama dan selari dengan naluri semula jadi manusia yang tidak suka kepada perpecahan,” katanya.




0 comments:

share2