Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 3, 2015

VIDEO: MISTERI... BEBOLA API 'TERANGI' LANGIT BANGKOK





Penduduk Bangkok gempar dengan kemunculan satu bebola api terang yang melintasi ruang langit ibu kota Thailand, pada malam Isnin.

Memetik laporan media tempatan, objek asing itu berkemungkinan besar adalah tahi bintang (meteor).

Fenomena yang berjaya dirakam oleh beberapa Dashcam itu turut dimuat naik di laman sosial dan menjadi perbualan hangat di Thailand.

Berdasarkan video, bebola api tersebut dilihat menerangi kegelapan malam selama beberapa saat sebelum hilang.

Bagaimanapun, waktu sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Fenomena meteor terjadi apabila batu dari angkasa lepas bergeser dengan atmosfera, lantas menghasilkan api dan cahaya yang terang.

Difahamkan, ini bukanlah kejadian pertama kerana pada 9 September lalu, peristiwa sama pernah berlaku namun pada waktu siang. 




0 comments:

share2