Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 28, 2015

UMNO PARTI POLITIK BERDISPLIN BUKAN PASAR


Khairy Jamaluddin


Kuala Lumpur - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan yang Umno adalah parti politik yang paling demokratik di Malaysia.

Bagaimanapun beliau berkata kebebasan yang diberikan setiap parti perlu ada hadnya.

"Dalam kebebasan kita perlu ada disiplin dalam parti, ini parti politik bukan pasar kenalah ada disiplin jangan buat suka hati.

"Kalau langgar disiplin parti perlu ambil tindakan. Pembangkang pun buat begitu juga. Macam Pas ada (pecah) ke Amanah keluarkan dari parti,mudah sahaja kita juga ada disiplin parti, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Dana Bumiputera di Pusat Dagangan Dunia Putra, hari ini.

Khairy berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang mendakwa demokrasi dalam Umno telah mati.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kepimpinan Umno sedia dikritik namun jangan sampai melampaui batas.

"Ramai yang kritik kepimpinan (Umno) tidak dipecat. Die (Hamidah) dipecat sebab melampaui batas. Bagi saya demokrasi dalam Umno masih lagi subur, kita ada pemilihan dari politik Umno paling demokratik di Malaysia.

"Kita buat pemilihan Majlis Tertinggi (MT) sampai peringkat bahagian. Bahagian pilih presiden sekarang ini parti lain tidak buat begitu," katanya.


0 comments:

share2