Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, November 29, 2015

‘TAHUN KEJAYAAN SAYA'


Mohd Kazim Elias


Kuala Kangsar - “Dua kali menerima penghargaan di negeri sendiri, nyata satu kejayaan buat saya."

Itu reaksi penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias bagi mengulas pengurniaan Anugerah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran datuk kepadanya sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak, semalam.

Katanya, penghargaan berkenaan juga jelas menggambarkan pihak Sultan serta kerajaan negeri mengiktiraf golongan agamawan dalam usaha membangunkan ummah di negeri ini.

Menurutnya, anugerah berkenaan juga menggambarkan kejayaan sekolahnya, Pusat Pendidikan Al-Barakah.

“Alhamdulillah, yang pertamanya, saya menjunjung kasih kepada Tuanku kerana ini satu penghargaan dan ia kali kedua (untuk saya), di negeri Perak. Kali pertama ketika sambutan Maal Hijrah lalu. Sebelum itu, saya ada terima pingat Mahkota Wilayah daripada Yang Dipertuan Agong.

“Saya rasa ini adalah tahun kejayaan bagi saya, sekolah saya, Pusat Pendidikan Al-Barakah. Saya juga satu-satunya ‘ustaz’ yang menerima anugerah berkenaan (DPMP).

“Justeru, saya mewakili semua ustaz, da’i di Malaysia, menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan,” katanya ketika ditemui di Istana Iskandariah, kelmarin.

Dalam pada itu, Datuk Richard Dilaan Morais, abang kepada mendiang Kevin Anthony Morais turut menzahirkan rasa bangga dengan anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota (DPMP), kepada adiknya itu.

Malah katanya, dirinya begitu menghargai pihak kerajaan negeri atas anugerah berkenaan.

“Terima kasih kepada Kerajaan Perak atas anugerah ini. Saya sangat menghargainya. Terima kasih atas sokongan yang diberikan,” katanya.


0 comments:

share2