Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 4, 2015

PIALA MALAYSIA 2015: PELUANG DAN HARAPAN KE SUKU AKHIR


tm



Kumpulan A

Lions XII – Berada di kedudukan teratas dalam kumpulan dengan 10 mata. Hanya memerlukan seri untuk menjadi juara kumpulan dan layak kesuku akhir Piala Malaysia 2015. Sekiranya Lions XII kalah, mereka masih mampu ke suku akhir sekiranya kalah dengan jaringan 4-0. Perlawanan terakhir mereka adalah menentang Terengganu di tempat lawan.

Kedah – Berada pada kedudukan ke-2 setakat ini dengan kelebihan perbezaan jaringan dengan pasukan ke-3. Kedah dilihat mampu untuk menjadi juara kumpulan sekiranya menang keatas Johor DT II dengan keputusan 1-0 dan Terengganu dapat menewaskan Lions XII dengan jaringan tidak lebih 7-0. Sekiranya Kedah kalah dan Terengganu kalah, Kedah masih mampu ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan.

Terengganu – Berada pada kedudukan ke-3 dan agak mustahil untuk menjadi juara kumpulan. Terengganu boleh menjadi juara kumpulan sekiranya menang 5-0 ke atas Lions XII dan Kedah seri ataupun kalah. Sekiranya kedah menang dengan 1-0, Terengganu perlu menang 8-0 keatas Lions XII. Tempat kedua merupakan target yang realistik untuk Terengganu. Yang pasti, Terengganu akan membalas dendam keatas Lions XII selepas tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA.

Johor DT II – Sudah terkeluar untuk perebutan tempat ke peringkat Suku akhir. Perlawanan menentang Kedah boleh dikatakan sebagai pelengkap jadual tetapi Johor DTII mampu menjadi pengacau kepada impian Kedah untuk ke suku akhir.

Ramalan kami – Kedah juara kumpulan dan Lions XII tempat ke-2.


Kumpulan B

Johor DT – Sudah sah menjadi juara kumpulan B dan seterusnya layak ke suku akhir Piala Malaysia dengan mata penuh selepas 4 perlawanan. Secara asasnya, Johor DT tidak perlu bekerja keras untuk perlawanan berikutnya menentang Perak dan Sarawak. Tetapi, yang pasti Johor DT mahu mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Larkin.

Sarawak – Berada di kedudukan ke-2 dengan 6 mata selepas 4 perlawanan. Memerlukan satu kemenangan dan satu seri untuk merebut tempat ke-2. Perlawanan berikutnya adalah menentang ATM dan Johor DT.

ATM – Berada di tempat ke-3 dengan perbezaan jumlah jaringan dengan pasukan tempat ke-4. ATM boleh mendapat tempat kedua sekiranya menang dalam baki 2 perlawanan dan mengharapkan Sarawak kalah dalam baki 2 perlawanan mereka.

Perak – Berada pada kedudukan terakhir tetapi mampu merebut tempat ke-2 sekiranya menang 2 perlawanan seterusnya dan Sarawak kalah dalam 2 perlawanan mereka.

Ramalan kami – ATM akan mendapat tempat ke-2 dan mengiringi Johor DT ke suku akhir.


Kumpulan C

Selangor – Sah menjadi juara kumpulan C dengan baki satu perlawanan menentang Felda United.

Felda United – Tempat ke-2 dalam kumpulan dan perlu menang pada perlawan terakhir untuk mengesahkan kedudukan ke-2 dan layak ke suku akhir. Lawan Felda United pada perlawanan terakhir adalah menentang Selangor yang sudah sah menjadi juara kumpulan.

T-Team – Tempat ke-3 dalam kumpulan. Wajib menang dalam perlawanan terakhir dan mengharapkan Felda united kalah untuk layak ke suku akhir. Sekiranya Felda menang dengan 1-0, T-Team kena menang 5-0 keatas Kelantan.

Kelantan – Kedudukan terakhir dalam kumpulan dan memerlukan kemenangan menentang T-Team dan mengharap Felda United kalah ketika menentang Selangor.

Ramalan kami – Felda United akan mendapat tempat ke-2 dan mengiringi Selangor ke suku akhir.



Kumpulan D

Pahang – Juara 2 kali berturut-turut Piala Malaysia berada pada kedudukan teratas kumpulan dan sudah layak ke suku akhir. Tetapi Pahang perlu merebut untuk menjadi juara kumpulan dan mereka hanya perlukan kemenangan ketiga menentang Pulau Pinang.

PKNS FC – Berada pada kedudukan ke-2 kumpulan dan mampu menjadi juara kumpulan sekiranya menang keatas PDRM dan Pahang tewas dengan Pulau Pinang. Sekiranya seri, PKNS FC masih mampu ke suku akhir Piala Malaysia. Sekiranya kalah, mereka mengharapkan Pulau Pinang tewas ketika menentang Pahang.

Pulau Pinang – Berada pada kedudukan ke-3 kumpulan. Pulau Pinang perlu menang dengan jaringan 4-0 ke atas Pahang sekiranya PKNS FC hanya kalah 1-0 dengan PDRM. Dengan ini Pulau Pinang akan berjaya ke suku akhir.

PDRM – Berada pada kedudukan terakhir kumpulan. PDRM perlu menang 7-0 ke atas PKNS FC dan mengharapkan Pulau Pinang kalah dengan Pahang.

Ramalan kami – Pahang juara kumpulan dan PKNS FC tempat ke-2



Berdasarkan ramalan kami pasukan ke suku akhir, inilah ramalan perlawanan suku akhir kami

Suku akhir 1 – Kedah VS PKNS FC

Suku akhir 2 – Selangor VS ATM

Suku akhir 3 – Johor DT VS Felda United

Suku akhir 4 – Pahang VS Lions XII


0 comments:

share2