Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 3, 2015

[MUADZAM SHAH] MUSANG JEBAT DITEMUI MATI


Musang jebat ditemui mati


Seekor musang yang dikatakan daripada jenis jebat sepanjang kira-kira satu meter ditemui mati di tengah jalan menuju ke Ibam berdekatan simpang Ladang IOI, Bukit Ibam, Muadzam Shah, semalam.

Musang betina yang ditemui guru, Sabiha Ab Rahman, 31, itu dipercayai masih menyusukan anaknya.

Sabiha berkata, dia menemui musang berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi ketika dalam perjalanan membeli sarapan pagi.

“Saya rasa musang itu baru dilanggar kenderaan kerana badannya tidak berbau. Tapi menyedihkan juga sebab musang ini mungkin masih menyusukan anaknya kerana dilihat kepada keadaan susunya,” katanya.

Katanya, dia juga belum pernah melihat binatang itu sebelum ini dan memuat naik di satu kumpulan FB untuk berkongsi nama binatang berkenaan.

Bagaimanapun katanya, ada beberapa komen yang menganggap keadaan hutan di kawasan itu sudah ditebang mungkin antara sebab musang itu keluar mencari makanan di luar habitatnya.

Jabatan Perhilitan yang dihubungi Sinar Harian memberitahu, akan menyalurkan maklumat berkaitan spesies itu hari ini .

1 comments:

  • Mat Piah Teh Deris says:
    November 3, 2015 at 12:35 PM

    Spesis "Musang Jebat" ini sudah agak pupus dan jarang ditemui berbanding dengan spesis musang lelain termasuk Musang Pulut. Bau Musang Jebat ini agak power..

    Pengalaman saya sendiri pernah menykasikan klibat musang ini dipinggir hutan tapi cepat menghilangkan dirinya, disangka "Anjing Srigala" atau anjing hutan.

    Saya dengan keluarga juga pernah ternampak ketika memandu motokar beberapa ekor "anak Harimau Bintang" hidup diatas jalanraya pintas dari Bera ke Bandar Muadzam Shah tidak lama dulu. Kami tidak turun mengambilnya kerana khuatir ibunya ada berdekatan...

share2