Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 5, 2015

[KUANTAN] TM HARGAI PDRM BENDUNG KECURIAN KABEL




5.11.2015 - Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Sharifuddin Ab Ghani menyampaikan sijil penghargaan kepada 50 anggota polis kerana kejayaaan mereka membanteras kes kecurian kabel di Kuantan, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin. Turut mendapat penghargaan adalah 11 anggota RELA, 2 orang ahli Skuad Rondaan Sukarelawan (SRS) dan 2 orang awam.

CP Dato' Sri Sharifuddin berkata kecurian kabel telekomunisi banyak berlaku kerana nilai tembaga yang terdapat dapat kabel meningkat tinggi.

"Tahun lalu terdapat 22 kes kecurian kabel sementara tahun ini sebanyak 13 kes dilaporkan sehingga bulan September. Kebanyakan kecurian membabitkan kabel milik Telekom Malaysia."

"Ia bukan sahaja membabitkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa malah menyebabkan kesukaran kepada komuniti setempat untuk berkomunikasi serta mendapatkan bantuan kecemasan," kata beliau lagi.

Majlis penghargaan kepada pegawai PDRM dan orang ramai ke arah membendung kecurian kabel di Pahang di anjurkan oleh Telekom Malaysia Berhad. 


        




0 comments:

share2