Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 4, 2015

[KUANTAN] PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG DIKURNIA 'DIMP'



Seluruh warga Yayasan Pahang dan Kumpulan: IKIP Education Sdn. Bhd.,YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Tahfiz Pahang Sdn. Bhd., YP Mining Sdn. Bhd. dan YP Hevea Sdn. Bhd. mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pengurus Besar Yayasan Pahang, Encik Hj. Mahmud Mohd Nawawi di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, pada 24hb Oktober 2015 lalu.

Dalam upacara berkenaan, Isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mendahului senarai 978 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sabtu.

Beliau adalah antara 23 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) dan seorang SSAP (Kehormat) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah yang sama ialah isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Diraja Datuk Junaini Kassim, Kerabat Pahang Tengku Datuk Asmawi Tengku Hussin, isteri Menteri Pertahanan Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah.

Isteri Menteri Dalam Negeri Datin Seri Hamidah Khamis, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail juga menerima SSAP.












Foto Sumbangan: Ramly YP



0 comments:

share2