Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 3, 2015

KEMENTERIAN AKAN SIASAT VIDEO PELAJAR BERPELUK, CIUM


Kementerian siasat video pelajar berpeluk, cium


Johor Bahru - Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, yang tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Timbalan Menterinya, P.Kamalanathan, berkata beliau kecewa dengan tindak tanduk pelajar itu walaupun beliau secara rasmi belum melihat video berkenaan.

"Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan," kata beliau kepada media sejurus melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3, di sini hari ini.

Kamalanathan berkata, setakat ini, pihaknya belum lagi dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil ke hadapan memaklumkannya kepada kementerian.

"Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka," kata Ahli Parlimen Hulu Selangor itu yang melawat sekolah berkenaan bagi melihat persiapan guru-guru serta pegawai pelajaran daerah bagi memastikan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung dengan baik.

Video berdurasi 15 saat yang menampakkan kedua-dua pelajar itu berpeluk dan bercium, dipercayai dirakam oleh pelajar-pelajar lain di sebuah sekolah menengah namun tidak dinyatakan tarikh aksi dirakam dan lokasi sekolah yang terlibat.

Kamalanathan berkata, insiden itu berlaku berkemungkinan disebabkan anak-anak terlalu terdedah dengan pelbagai perkara termasuk suasana kehidupan yang berlainan.

"Apabila hidup dalam suasana yang berlainan dari zaman dahulu, ibu bapa perlu membimbing anak-anak mereka dengan baik dan membimbing itu bukan sahaja tanggungjawab guru, malah semua pihak," tambahnya.

0 comments:

share2