Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 4, 2015

GOOGLE RANCANG PENGHANTARAN GUNA DRON


Google


Enjin carian Google mengumumkan pelancaran perkhidmatan penghantaran melalui dron pada tahun 2017.

Projek yang diberi nama Project Wing adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron bermula pada tahun 2017.

Pengumuman itu dibuat oleh ketua projek perkhidmatan penghantaran, David Vos.

Peruncit dalam talian seperti Amazon, Alibaba dan lain-lain turut akan bereksperimen dengan kaedah penghantaran baru ini. 

"Matlamat kami adalah untuk mempunyai perniagaan komersial pada tahun 2017," katanya pada konvensyen kawalan trafik udara di Washington.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai jenis dron yang akan digunakan Google dan jenis perkhidmtan yang akan dijalankan masih belum diumumkan.

Untuk permulaan, pihak syarikat telah membina dron dan membuat percubaan untuk menerbangkan di Australia.

Laporan awal turut mencadangkan perkhidmatan dron turut akan digunakan untuk bantuan bencana atau menghantar keperluan bekalan perubatan.

Amazon sebelum ini telah diperincikan rancangannya untuk menggunakan dron untuk menghantar barangan yang mampu membawa 2.3kg barangan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.

Di samping itu, pada awal tahun 2015, peruncit terbesar dalam talian China Alibaba telah menjalankan percubaan penghantaran melalu drone selama tiga hari di sekitar pejabat di Beijing, Shanghai dan Guangzhou.

0 comments:

share2