Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 3, 2015

DUA TOKAN DADAH CUBA TERJUN SUNGAI ELAK DITANGKAP


pdrm


Alor Gajah - Dua tokan tidak sempat menjual dadah dibawanya apabila mereka ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Alor Gajah dalam satu serbuan di Jeti Kuala Sungai Baru, di sini, kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 29 tahun dari Bukit Rambai, Melaka Tengah dan 33 tahun dari Seremban, Negeri Sembilan itu turut cuba terjun ke dalam muara sungai, bagaimanapun sempat dihalang anggota polis dalam kejadian kira-kira jam 7 malam.

Pemeriksaan pada badan, polis menemui beberapa paket plastik lutsinar dan tiub berisi dadah disyaki heroin bernilai hampir RM1,000 di dalam seluar kedua-dua lelaki berkenaan.

Ketua Polis Alor Gajah, Superintendan Mohammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, pihaknya menemui tiga paket plastik lutsinar dan 19 tiub kesemua berisi dadah disyaki heroin kira-kira bernilai RM600 pada lelaki berusia 29 tahun.

“Kita turut menemui 18 tiub berisi dadah juga disyaki heroin yang dianggarkan bernilai RM360 di dalam seluar dalam seorang lagi rakannya berusia 33 tahun berkenaan,” katanya.

Mohammad Ismail berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai baru seminggu bertapak di jeti berkenaan bagi memenuhi pasaran Kuala Sungai Baru dan menjual barang larangan berkenaan dengan harga RM20 setiub.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka berdua mempunyai rekod lampau berhubung narkotik, manakala kes jenayah bagi lelaki berusia 29 tahun.

“Kedua-duanya kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya di sini, semalam.

0 comments:

share2