Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 2, 2015

BUNUH: PENGAWAL KESELAMATAN DISAMBUNG REMAN 7 HARI


Suspek berlakon sedih tak menjadi


Georgetown - Suspek yang disyaki terlibat dengan pembunuhan pelajar tingkatan lima, Intan Suraya Mawardi,17 disambung reman sehingga 8 November depan.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Rehah Ismail.

Suspek berusia 20 tahun yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdepan dengan hukuman gantung sampai mati.

Sebelun ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan pembunuhan Intan Suraya.

Suspek berkenaan ditahan di kawasan Bayan Lepas bersama beberapa barang bukti termasuk pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Lelaki itu turut menyimpan telefon bimbit milik mangsa.

Dalam kejadian 25 Oktober lalu, mayat mangsa ditemui oleh bapanya dalam keadaan terbaring di atas katil kira-kira jam 7.30 malam.

Mayat mangsa yang dibaluti selimut ditemui dengan kesan kelar dileher.

0 comments:

share2