Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 14, 2015

MATI HIDUP SEMULA




Mumbai: Seorang lelaki yang diisytiharkan mati oleh doktor di sebuah hospital di sini tiba-tiba hidup semula beberapa minit sebelum bedah siasat dijalankan terhadapnya.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di sebuah depoh bas sebelum dihantar polis ke Hospital Besar Tilak di sini.

Dia kemudiannya diisytiharkan meninggal dunia oleh ketua pegawai perubatan, Dr Rohan Rohekar dan mengarahkan lelaki itu dihantar ke rumah mayat.

Bagaimanapun, ketika dua doktor mahu menjalankan bedah siasat lelaki itu tiba-tiba bernafas dan hidup semula.

Doktor kemudian bergegas membawa lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

0 comments:

share2