Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 14, 2015

LETAK JAWATAN SELAKU KETUA PEMBANGKANG


'Keputusan saya muktamad


Johor Bahru - Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau kekal dengan keputusan untuk meletakkan jawatan selaku Ketua Pembangkang Dun Johor yang disandangnya sejak tahun 2008 walaupun beberapa pihak memintanya mempertimbang semula keputusan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada hasrat baik Pengerusi DAP, Liew Chin Tong dan Jawatankuasa Negeri. 

“Keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Negeri Johor adalah muktamad,” katanya dalam satu kenyataan ringkas menerusi Whatsapp kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Cheng Hau mengakui membuat keputusan mengejut itu susulan wujud kempen memburukkan namanya oleh beberapa pemimpin dan wakil rakyat parti itu sejak kempen PRU lalu selain kecewa difitnah serta diboikot daripada menghadiri majlis mahupun sidang media yang dihadiri pemimpin tertinggi parti itu.

Beliau bagaimanapun, berjanji menunaikan tugas sebagai Adun Skudai dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP serta menghulurkan bantuan dan sokongan kepada parti sekiranya diperlukan.

0 comments:

share2