Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, August 18, 2015

MAT SABU GAGAL RAYUAN KES SAMAN FITNAH


Mohamad Sabu


Putrajaya - Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan berhubung kes saman fitnah yang difailkan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan bekas Timbalan Presiden Pas dan bekas Setiausaha Agung parti itu dengan kos RM10,000.

Ia mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang setuju dengan perintah Mahkamah Tinggi bahawa ganti rugi sebanyak RM200,000 dibayar kepada Wan Ahmad.

Turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

Wan Ahmad memfailkan saman terhadap Mohamad, yang sekarang menjadi Presiden Harapan Baru dan Mustafa pada 5 Mac 2013.

Beliau mendakwa artikel yang diterbitkan dalam Harakah edisi 1-3 Feb 2013 berdasarkan temu ramah mereka pada 29 Januari 2013 yang merujuk kepada ‘Projek IC Sabah’ merupakan fitnah terhadapnya.

Dalam pernyataan pembelaan mereka, Mohamad dan Mustafa menafikan memfitnah Wan Ahmad, menyatakan kedudukannya sebagai penjawat awam terbuka untuk dikritik secara terbuka.

Pada 18 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 20 Mac tahun lalu.

0 comments:

share2