Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 23, 2015

[MARAN] IDRIS BIDAS PEMIMPIN UMNO BURUKKAN PARTI


Idris bidas pemimpin Umno burukkan parti


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ir Idris Haron membidas segelintir pemimpin Umno yang dipercayai terbabit memburukkan parti dan kepemimpinan negara dengan mengeluarkan kenyataan bersandarkan maklumat tidak berasas di laman sosial.

Beliau turut menegur mana-mana bekas pemimpin Umno yang memperlekeh kepimpinan parti dan kerajaan gara-gara terpengaruh dengan persepsi dibuat pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, ahli Umno perlu bijak membuat analisis tepat terhadap sesuatu isu dibangkitkan sama ada bersifat realiti mahu pun persepsi yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan parti.

“Kita selaku ahli sebuah parti yang mempunyai organisasi mantap tidak sepatutnya bersekongkol dengan mainan media sosial kerana maklumat disebarkan hanya berbentuk persepsi bukan realiti.

“Gambaran yang disebarkan di aplikasi WhatsApp, Facebook dan lain-lain seolah-olah berlakunya masalah sangat kronik terhadap ekonomi dan kepemimpinan negara,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Maran, semalam.

Idris juga mengingatkan ahli Umno agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja provokasi kerajaan dan pemimpin parti.

0 comments:

share2