Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 27, 2015

PKR, DAP GELABAH.. KDN MAHU EKTRADISI CLAIRE




Kuala Lumpur – DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggelabah dengan amaran kerajaan mahu mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report, Claire Brown yang cuba mensabotaj kerajaan negara ini melalui laporan palsu.

Kedua-dua parti itu membantah warga asing yang sering memburukkan kepimpinan negara melalui laporan berunsur fitnah tersebut diekstradisi dengan alasan kononnya ia akan menjatuhkan imej negara di mata dunia.

“Cadangan mahu mengekstradisi Claire akan menjadikan Malaysia bahan tawa antarabangsa. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu segera mengabaikan idea tersebut,” tegas Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Rajiv Rishyakaran dalam satu kenyataan hari ini. ‘

Beliau turut mempertahankan Claire bukan individu yang memalukan Malaysia melalui laporan-laporannya yang memburukkan negara ini sebaliknya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan.

Ketua Biro Politik PKR, N.Surendran pula mendakwa kerajaan Malaysia tidak akan dapat mengekstradisi pengendali portal Sarawak Report itu dari United Kingdom ke negara ini.

Dakwanya, kerajaan British tidak akan membenarkan mana-mana rakyat negara itu diekstradisi oleh Malaysia kerana mendedahkan isu membabitkan wang bernilai bilion ringgit.

Ahmad Zahid semalam memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra untuk berhubung dengan kerajaan Britain mengenai Claire.

Bekas staf syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand baru-baru ini mendedahkan pernah bertemu Clare dan tokoh politik Malaysia berhubung pertukaran dokumen kononnya bukti penyelewengan 1MDB yang sebenarnya adalah palsu.

0 comments:

share2