Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dipercayai mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) atas nasiha Perdana Menteri setelah kecewa dengan serangan politik oleh Pemuda UMNO Malaysia.
Menurut Utusan Online;
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.
Jelasnya, urusan penjualan dijangka selesai minggu depan.
”Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.
“Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini.
Penjualan segera ini dijangka tidak akan memberi keuntungan apa-apa berbanding jika Tabung Haji membangunkan sendiri akan mendapat keuntungan sekitar 100 juta pada masa akan datang.
pemuda umno dan puteri umno tu sebenarnya tak tahu berfikir , asyik gila kuasa dan inginkan perhatian serta popular je...sbb tu mereka jadi gila meroyan dan byak lahir dari kawin campur dan ada yg lahir di luar negara itu sbb tak ada semangat cintakan bangsa sendiri