Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 15, 2015

MURID DIDAKWA DIJANGKITI H1N1 DI MELAKA MENINGGAL DUNIA




Melaka: Murid lelaki Tahun Lima sebuah sekolah di negeri ini yang didakwa dijangkiti virus Influenza A (H1N1) meninggal dunia kira-kira 12 tengah malam tadi. 

Sebelum ini, murid yang dikatakan dijangkiti virus H1N1 itu berada dalam keadaan koma dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di negeri ini. 

Susulan kejadian itu, Jabatan Kesihatan Melaka juga sudah melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas semua murid di sekolah terbabit, pagi semalam. 

Semalam, Bernama melaporkan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kes yang disyaki jangkitan H1N1 melibatkan seorang pelajar sekolah berusia 10 tahun di Melaka, masih belum disahkan. "Masa dua atau tiga hari diperlukan untuk menjalankan ujian seperti ujian darah, jadi kami tidak dapat mengesahkan sama ada ia H1N1 atau tidak, kami akan beritahu kamu semua jika jangkitan itu H1N1," katanya. 

Subramaniam meminta orang ramai bertenang dan tidak terburu-buru membuat kesimpulan berhubung kes jangkitan H1N1 di negara ini kerana berbuat demikian akan menimbulkan panik dan takut di kalangan orang ramai. 

Seorang pelajar dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Pay Teck di sini disyaki menghidap H1N1 dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta akibat demam panas Jumaat lalu. 

Sementara itu, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin semalam berkata, sebagai langkah awal, pihaknya mengambil tindakan serta-merta dengan melakukan saringan vaksin di SRJK (C) Pay Teck dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.



0 comments:

share2