Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 13, 2015

AHLI PARLIMEN DIGANTUNG MATI


Ahli politik Bangladesh digantung mati


Dhaka: Ahli politik Bangladesh yang didapati bersalah atas tuduhan jenayah perang ketika perjuangan menuntut kemerdekaan dari Pakistan pada tahun 1971, hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah di Dhaka.

Mohammad Kamaruzaman dari parti Jamaat E Islami didapati bersalah oleh tribunal jenayah perang yang bersidang pada Mei 2013.

Antara kesalahan Mohammad adalah membunuh 120 petani yang tidak bersenjata.

Dia sebelum ini enggan memohon pengampunan dari presiden.

Mohammad adalah tertuduh jenayah perang kedua yang digantung di Bangladesh.

Beberapa jam sebelum dia digantung, keluarganya sempat melawatnya di penjara.

Selepas Mohammad digantung, ratusan rakyat Bangladesh bersorak dan meraikan berita itu.

Bangladesh menggantung Mohammad walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah merayu pada saat-saat akhir untuk tidak berbuat demikian kerana perbicaraan itu dianggap tidak adil kerana tidak memenuhi standard antarabangsa.

Sebelum Mohammad, pihak berkuasa turut menggantung seorang lagi pemimpin politik Abdul Kader Mullah pada Disember 2013.

0 comments:

share2